Ahad, 27 November 2011

HEMODIALISIS


HEMODIALYSIS

Apakah jenis-jenis dialysis :
• Hemodialisis (HD)
• Peritoneal Dialisis (PD)
o Continous Ambulatory Peritoneal Dialisis (CAPD)
o Continuos Cycling Peritoneal Dialisis (CCPD)


Haemodialysis
Buah pinggang tiruan (haemodialyzer) disambung dengan mesin penapis yang berfungsi
membuang sisa-sisa kotoran dan cecair yang berlebihan dari badan. Prosedur ini dijalankan di
unit khas (unit hemodialisis) di hospital dan memakan masa empat jam setiap sesii untuk 3
sesi seminggu . Anak anda akan memerlukan fistula supaya darah dari badan dapat mengalir ke buah pinggang tiruan. Pakar bedah akan membuat fistula ini dengan menyambungkan
salur darah arteri dengan vena sehingga menjadi salur darah yang lebih besar.
Peritoneal dialysis
Proses penapisan dilakukan melalui selaput perut (peritoneum) anak anda. Ia boleh dilakukan
di hospital atau di rumah dan merupakan cara rawatan yang paling sesuai untuk kanak-kanak.
Proses ini memerlukan satu tiub plastik (Tenchoff catheter) dimasukkan ke dalam perut
(abdomen) melalui pembedahan . Hujung tiub akan keluar dari perut anak anda dan ia
dipanggil saluran keluar (exit site).
1. CAPD melibatkan empat pertukaran (exchanges) sehari di rumah, tanpa
menggunakan mesin. Proses ini boleh dilakukan oleh ibubapa atau kanak-kanak itu
sendiri sekiranya dia sudah cukup matang. Pertukaran (exchanges) adalah satu proses
di mana larutan dialisis yang steril dimasukkan ke dalam abdomen dan apabila
dikeluarkan ia turut membawa bahan kumuh dan lebihan air dari badan.
2. CCPD dilakukan di rumah menggunakan mesin yang dipanggil cycler. Cycler boleh
membuat pertukaran selama lapan hingga sepuluh jam lamanya, biasanya di waktu
malam semasa anak sedang tidur.
Bolehkah berlaku sebarang kesilapan dengan prosedurprosedur ini?
• Haemodialysis
o pembekuan darah dalam fistula,tiub dan buah pinggang tiruan semasa dailisis.
o masalah tekanan darah rendah semasa dialisis
o jangkitan pada fistula atau darah
• Peritoneal dialysis
o jangkitan dalam peritoneum (peritonitis)
o jangkitan kepada bahagian tiub saluran keluar (exit site)
o tiub tersumbat.
Pencegahan komplikasi
• Amalkan teknik mencuci tangan yang betul sepertimana yang diajar oleh jururawat
semasa CAPD.
• Mencuci bahagian hujung tiub (exit site) dengan kerap.
• Mengekalkan kebersihan mesin cycler dan kesemua peralatan yang digunakan dalam CAPD.

Hubungi jururawat dialisis anda atau doktor sekiranya anda mengsyaki anak anda mengalami
jangkitan peritoneum (peritonitis) atau jangkitan di saluran hujung tiub (exit site infection) Pemulihan
• Mengawal pengambilan air minuman sepertimana yang dicadangkan oleh doktor
anda.
• Jangan beri anak anda makanan yang mengandungi fosfat yang tinggi.
• Berikan makanan kurang garam sekiranya dinasihatkan oleh doktor anda.
• Galakkan senaman untuk membantu menguatkan tulang dan menggalakkan badan
berpeluh, tetapi ingat jangan benarkan anak anda minum terlalu banyak selepas itu.
• Pastikan anak anda dapat menghadiri sekolah.
• Galakkan membuat kerja-kerja sekolah, melukis, membuat kraftangan atau membaca semasa sesi hemodialisis sebagai satu cara untuk mengisi masa terluang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan